Ahli parti Republikan pada Sabtu telah menolak laporan penilaian oleh seorang Agen Perisik Pusat (CIA) yang mempunyai maklumat bahawa Rusia membantu Donald Trump sewaktu pilihanraya presiden Amerika Syarikat (AS) dan seorang ketua Senator Demokratik telah dipanggil untuk siasatan.
“Perisik itu salah,” Jelas jurucakap Jawatankuasa Republikan Kebangsaan, Sean Spicer kepada CNN. “Ianya tidak pernah berlaku”
Beliau merujuk kepada laporan New York times yang mengatakan agensi risikan AS mempunyai “keyakinan yang tinggi” dan penggodam Rusia telah menggodam masuk ke dalam sistem komputer Jawatankuasa Republikan Kebangsaan dan organisasi parti Demokratik namun hanya mengeluarkan maklumat yang dicuri daripada parti Demokratik.
Berita mengenai laporan CIA ini yang dilaporkan oleh The Washington Post pada Jumaat telah menarik kritikan hebat daripada pihak bakal presiden tersebut.
“Ini adalah orang yang sama mengatakan bahawa Saddam Hussein mempunyai senjata pemusnah secara besar-besaran,” jelas pasukan Trump dalam memberikan kritikan terhadap agensi risikan tersebut.
“Trump mengatakan bahawa pilihanraya sudah berakhir dan sekarang merupakan masa untuk melangkah kedepan dan “Make America Great Again.”
Walau bagaimanapun, Senator Chuck Schumer telah meminta kongres membuat siasatan secara lanjut terhadap isu ini.
“Menjadi kemestian supaya ahli perisikan tidak mengambil pusing sebarang maklumat supaya kongres dapat melaksanakan siasatan penuh.”
‘Bantu Trump supaya menang’
Laporan mengenai campur tangan Rusia dalam undian Rumah Putih berikutan arahan Presiden Barack Obama untuk mengkaji semula kesemua serangan siber sewaktu pilihanraya 2016 berlangsung.
Menurut The Post, individu yang mempunyai hubungan dengan Moscow dan sebuah laman web anti-rahsia, WikiLeaks dengan email-email yang digodam dari Jawatankuasa Demokratik Kebangsaan, ketua kempen calon parti Demokratik Hillary Clinton dan lain lain.
WikiLeaks telah mengeluarkan maklumat iaitu email-email tersebut dalam jangkamasa beberapa bulan sebelum pilihanraya dan merosakkan kempen Rumah Putih Clinton.
“Penilaian dari agensi perisikan tersebut mengatakan bahawa matlamat Rusia adalah untuk menaikkan satu calon lebih dari yang lain, membantu Trump untuk menang,” jelas sebuah pihak berkuasa AS sewaktu pembentangan kepada senator utama dalam sebuah akhbar. “Itulah pandangan yang dipersetujui.”
Agen CIA memberitahu bahawa ianya sangat jelas bahawa pelantikan Trump adalah matlamat Rusia, menurut pihak yang bercakap kepada The Post.
Tanda tanya
Agen perisikan tidak mampu membuktikan bahawa pihak Rusia mengarahkan bahawa individua yang terlibat memberi maklumat kepada WikiLeaks mengenai email parti Demokratik yang telah dicuri.
Pengasas WikiLeaks Julian Assange telah menolak kaitan dengan kerajaan Rusia.
Siasatan lanjut
Kongres Demokratik telah meminta agensi Perisikan AS untuk memberikan kesemua maklumat mengenai penggodaman Rusia dan maklumat palsu dalam pilihanraya tersebut.
Ketua minoriti, Senator Harry Reid telah menuduh Pengarah Federal Bureau of Investigation (FBI), James Comey kerana mengetahui maklumat penggodaman Rusia kedalam server parti Republikan “sejak dulu lagi.”
Clinton telah menyalahkan Comey ke atas kekalahan beliau dan keputusan Comey sewaktu beberapa minggu terakhir kempen untuk membuka siasatan lanjut mengenai skandal email beliau telah membantutkan momentum kempen tersebut.
Dalam sebuah wawancara pada Rabu untuk Time magazine, Trump ditanya jika agensi perisikan telah dipolitikkan. “Saya rasa begitu,” jawab beliau.
“Saya rasa mereka tidak campur tangan,”kata Trump. “Ia mungkin kerja Rusia. Mungkin juga China. Mungkin juga kerja seorang lelaki di rumahnya di New Jersey.”
AFP
Sun Dec 11 2016
![Ahli Republikan tolak laporan Rusia bantu Trump menang pilihanraya Ahli Republikan tolak laporan Rusia bantu Trump menang pilihanraya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71478684430_DonaldTrump.jpg)
New York times yang mengatakan agensi risikan AS mempunyai "keyakinan yang tinggi" dan penggodam Rusia telah menggodam masuk ke dalam sistem komputer Jawatankuasa Republikan Kebangsaan dan organisasi parti Demokratik. - Gambar REUTERS
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Bekas anggota CIA dipenjara, bocor rahsia ke WikiLeaks Bekas anggota CIA dipenjara, bocor rahsia ke WikiLeaks](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41706836007_CIA.jpg)
Bekas anggota CIA dipenjara, bocor rahsia ke WikiLeaks
Joshua Schulte didapati bersalah atas tuduhan pengintipan dan lain-lain kesalahan pada 2022, dalam tragedi yang digelar 'Pearl Harbor digital.'
![Ketua CIA adakan lawatan sulit ke Ukraine Ketua CIA adakan lawatan sulit ke Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688181331_WilliamBurns.jpg)
Ketua CIA adakan lawatan sulit ke Ukraine
Pengarah CIA William Burns bertemu dengan Presiden Volodymyr Zelenskyy dan pegawai perisikan tertinggi Ukraine pada Jun lalu.
![Amerika Syarikat akan keluarkan laporan siasatan pembunuhan Jamal Khashoggi Amerika Syarikat akan keluarkan laporan siasatan pembunuhan Jamal Khashoggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/51554266808_world.jpg)
Amerika Syarikat akan keluarkan laporan siasatan pembunuhan Jamal Khashoggi
Ia dijangka akan mengaitkan pembunuhan itu secara langsung dengan Putera Mahkota Arab Saudi.
![Dakwaan Kim Jong Un koma meragukan - Penganalisis Dakwaan Kim Jong Un koma meragukan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61595721777_KimJongUn.jpg)
Dakwaan Kim Jong Un koma meragukan - Penganalisis
Tiada petunjuk jelas bahawa Jong Un sedang koma atau sakit pada masa ini.
![Desas-desus adik bakal ganti Kim Jong-un, AS kumpul maklumat mengenai Kim Yo Jong Desas-desus adik bakal ganti Kim Jong-un, AS kumpul maklumat mengenai Kim Yo Jong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/81588053245_KimYoJong.jpg)
Desas-desus adik bakal ganti Kim Jong-un, AS kumpul maklumat mengenai Kim Yo Jong
Untuk rekod, Jong-un tidak muncul di khalayak ramai sejak mempengerusikan mesyuarat bersama Parti Politburo, 11 April lalu.
![Ukraine dakwa tangkap komander tertinggi Daish Ukraine dakwa tangkap komander tertinggi Daish](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81573861064_TBTopISCommander.jpg)
Ukraine dakwa tangkap komander tertinggi Daish
Badan itu menerusi kenyataan di Facebook pada Jumaat memaklumkan, Al Bar Shishani, yang merupakan warga Georgia, ditahan di wilayah Kyiv.
![LTTE antara kumpulan pemberontak paling ganas - Pakar Keselamatan LTTE antara kumpulan pemberontak paling ganas - Pakar Keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71570699788_TBLTTE.jpg)
LTTE antara kumpulan pemberontak paling ganas - Pakar Keselamatan
Pemberontak Tamil Eelam (LTTE) merupakan badan perjuangan pemberontak paling ganas di dunia.
![Abang tiri Kim Jong-un pemberi maklumat kepada CIA? Abang tiri Kim Jong-un pemberi maklumat kepada CIA?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/51507711514_KimJongnam.jpg)
Abang tiri Kim Jong-un pemberi maklumat kepada CIA?
Laporan itu selanjutnya memetik sumber yang rapat dengan siasatan itu sebagai berkata, terdapat rangkaian yang rapat antara Jong Nam yang telah terbunuh di Malaysia pada 2017, dan CIA.
![Meskipun sedikit terlewat, CIA umum bakal miliki akaun Instagram Meskipun sedikit terlewat, CIA umum bakal miliki akaun Instagram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41555982160_TBCIAIG.jpg)
Meskipun sedikit terlewat, CIA umum bakal miliki akaun Instagram
Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) bakal melancarkan akaun Instagram.
![Dakwaan kerjasama Pakatan Harapan dengan IRI perlu disiasat - Najib Dakwaan kerjasama Pakatan Harapan dengan IRI perlu disiasat - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61492788698_Americanflag.jpg)
Dakwaan kerjasama Pakatan Harapan dengan IRI perlu disiasat - Najib
Perlu ada siasatan rapi mengenai dakwaan yang mengatakan Pakatan Harapan telah bekerjasama dengan Institut Republikan Antarabangsa di AS.