Anggota Parlimen Britain pada Khamis mengundi menyokong usul meminta Kesatuan Eropah (EU) melanjutkan tempoh rundingan berkaitan Perkara 50 dalam proses Brexit yang menemui jalan buntu, lapor agensi berita China Xinhua.
Keputusan undian di Dewan Rakyat menyaksikan sejumlah 412 Ahli Parlimen menyokong manakala 202 lagi menentang, dengan majoriti sebanyak 210 bagi meminta persetujuan EU menangguhkan Brexit sehingga 30 Jun.
Keputusan itu bermakna Britain akan meminta kebenaran EU untuk melanjutkan tempoh rundingan berkaitan Perkara 50 selepas 29 Mac, yang merupakan tarikh Brexit.
Ia dilihat sebagai satu kejayaan kepada kerajaan Britain yang mengemukakan usul itu, manakala anggota Parlimen turut mengundi menolak satu lagi usul yang dikemukakan pembangkang iaitu Parti Buruh untuk menangani isu Brexit menerusi "pendekatan berbeza."
Terdahulu, anggota Parlimen menolak satu pindaan bagi mengadakan referendum kedua.
Ia merupakan kali pertama isu referendum awam baharu terpaksa berdepan pengundian di Parlimen sejak referendum pertama dijalankan pada Jun 2016.
Pengundian pada Khamis dibuat selepas anggota Parlimen menentang kerajaan Britain pada Rabu dan memutuskan untuk menolak langkah keluar EU tanpa sebarang perjanjian dalam suasana yang disifatkan oleh penyokong Brexit sebagai "kelam-kabut."
Keputusan itu dicapai 15 hari sebelum Britain dijadual meninggalkan Kesatuan Eropah.
Tiada kesepakatan dalam kalangan pengamal politik Britain tentang bagaimana negara itu akan meninggalkan blok serantau tersebut selepas menganggotai EU selama 46 tahun.
Perkara 50 dalam Perjanjian Lisbon menetapkan bagaimana sesebuah negara anggota EU yang secara sukarela ingin meninggalkan kesatuan itu.
Bagaimanapun, perkataan yang digunakan agak kabur, seolah-olah penggubalnya menganggap perkara seperti itu tidak mungkin berlaku.
Kini, ia tertakluk kepada pertikaian antara pemimpin EU yang terdesak mahukan kepastian berhubung perkara itu susulan undian Brexit, dengan para penyokong Brexit di UK meminta lanjutan masa, kata pemerhati.
Juga pada Khamis, 312 anggota Parlimen mengundi menyokong manakala 314 menolak usul berhubung satu pindaan untuk memberikan masa kepada mereka bagi mengundi pilihan-pilihan Brexit.
Sebelum parlimen mengundi untuk meminta Brexit ditangguhkan, seorang jurucakap Perdana Menteri Britain Theresa May berkata kerajaan akan melipatgandakan usahanya bagi mendapatkan satu perjanjian Brexit.
Perjanjian keluar Brexit May, yang dicapai oleh London dan Brussels pada November 2018, telah dua kali ditolak di Dewan Rakyat sejak Januari.
Terdapat peluang untuk mengadakan pengundian ketiga di parlimen.
Terdahulu pada Khamis, Suruhanjaya EU berkata terpulang kepada pemimpin kesatuan itu untuk mempertimbang sebarang permintaan berhubung lanjutan masa bagi Brexit dari London, dan akan mengambil kira alasan serta tempoh penangguhan yang dicadangkan.
Bernama
Fri Mar 15 2019
Reaksi Perdana Menteri Britain, Theresa May, semasa perbahasan usul meminta lanjutan tempoh rundingan Brexit di Parlimen, London, 14 Mac, 2019. UK Parliament/Jessica Taylor/Handout via REUTERS
Indonesia sedia pemeriksaan kesihatan percuma bermula Februari
Kementerian Kesihatan Indonesia akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk rakyat negara itu yang dijadual akan dilaksanakan pada Februari ini.
Penyanyi Rasathi Unna Kanatha Nenju, Jayachandran meninggal dunia
Penyanyi legenda India, P Jayachandran yang terkenal sebagai Bhava Gayakan meninggal dunia akibat kanser di Hospital Amala, Kerala pada usia 80 tahun.Jayachandran, meninggal dunia, kanser, penyanyi india, Buletin AWANI
Rusia sambut baik penyertaan Indonesia
Rusia menyambut baik penyertaan Indonesia sebagai anggota penuh BRICS, yang dijangka akan memperkukuh lagi penyatuan Selatan Global dan Timur.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di ICA
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Menurut ICA, langkah itu sebagai tindak balas terhadap situasi keselamatan yang semakin tegang di rantau ini.
Singapore, Border, Malaysia, ICA, Buletin AWANI
Menurut ICA, langkah itu sebagai tindak balas terhadap situasi keselamatan yang semakin tegang di rantau ini.
Singapore, Border, Malaysia, ICA, Buletin AWANI
Pembeli Myanmar berada di kedudukan kedua selepas China
Pembelian kondominium di Thailand dalam kalangan warga Myanmar berada di kedudukan kedua selepas pembeli dari China bagi sembilan bulan pertama tahun 2024.Buletin AWANI
[TERKINI] Malaysia negara pertama pilihan PM Jepun - Anwar
Malaysia merupakan negara pertama yang dipilih oleh Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba untuk lawatan kerja bilateral sejak dilantik semula sebagai PM Jepun pada November 2024.TERKINI, Anwar Ibrahim, Ishiba Shigeru, Buletin AWANI
Impian Trump rampas Greenland tidak masuk akal
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menolak cadangan Presiden terpilih, Donald Trump untuk merampas Greenland dan menyifatkan rancangan tersebut sebagai tidak masuk akal sama sekali.
Jadual KTM Komuter Pelabuhan Klang-KL Sentral dikurangkan 30 minit pada waktu puncak
Ini bagi mengimbangi kerja-kerja projek KVDT2 selain menambah baik masa menunggu untuk pengguna laluan KTM Komuter bagi kedua-dua laluan.
Tubuh jawatankuasa bincang garis panduan anti dadah
Sebuah jawatankuasa melibatkan kementerian terlibat, pemain industri hiburan dan agensi bertanggungjawab perlu ditubuhkan bagi melaksanakan garis panduan untuk memastikan sesebuah konsert yang dilaksanakan dengan selamat.
Bomba terpaksa pakai air tasik padam api di Los Angeles
Situasi di California bertambah buruk dengan masalah kekurangan air bersih yang kronik selepas saiz kebakaran hutan yang melanda sebahagian besar kawasan di Los Angeles meningkat lebih empat kali ganda sejak awal pagi Khamis.
Tidak realistik untuk runding semula protokol - Suruhanjaya Eropah
Badan eksekutif Kesatuan Eropah itu akan melancarkan prosedur pelanggaran bagi melindungi pasaran tunggal blok itu daripada risiko pencabulan protokol.
Pasca-Brexit: Kekurangan bekalan makanan dibimbangi di UK
Bermula 1 Jan, pengimport mesti membuat pengisytiharan kastam penuh mengenai barangan yang dibawa masuk ke UK dari EU atau negara lain.
Pemuda UMNO cadang pembentukan Kabinet Perang
Perdana Menteri boleh meletakkan jawatan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen jika tidak lagi mendapat majoriti.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasca-Brexit: Kesatuan Eropah tidak akan runding semula perjanjian asal
Kerajaan UK sebelum ini menyatakan, pemeriksaan sempadan yang dikenakan terhadap barangan dari Ireland Utara terbukti tidak dapat dilaksanakan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hubungan dengan EU: UK minta runding semula babitkan peraturan dagang
Protokol itu perlu ditulis semula kerana ia melemahkan proses perdamaian dan mempengaruhi kehidupan rakyat di Ireland Utara.
Pasca-Brexit: Parlimen Eropah akan sahkan perjanjian perdagangan
Rancangan asal EU bertujuan mengelak pembukaan sempadan antara Ireland dengan Ireland Utara menjadi pintu belakang bagi bekalan vaksin.
Nelayan Britain berdepan risiko hilang pendapatan susulan larangan eksport EU
Larangan itu dibuat selepas Britain meninggalkan EU pada 1 Januari lalu, yang mana hasil laut yang berkenaan perlu dibersihkan sebelum digunakan dan tidak boleh dijual kepada 27 ahli blok berkenaan.
Kalau tidak politik, kami nak main apa, Mak Yong, congkak? - Salahuddin Ayub
Pakatan Harapan (PH) akan terus berpolitik demi memastikan suara rakyat terus didengari meskipun ada desakan supaya sebarang bentuk politik dihentikan buat masa ini.