Ahli muzik main saksofon ketika pembedahan buang tumor

Bernama
Oktober 14, 2022 08:00 MYT
Ahli muzik berkenaan terus bermain muziknya sepanjang pembedahan yang mengambil masa sembilan jam. -Foto Italy24
ROM: Seorang pemain muzik Itali berusia 35 tahun menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di otaknya sambil meniup saksofon, di sebuah klinik di Rom pada Khamis, lapor agensi berita Itali pada Khamis.
Pembedahan di Paideia International Hospital itu diketuai pakar bedah otak, Christian Brogna, pakar dalam bidang pembedahan dalam keadaan sedar yang melakukan pembedahan serupa ke atas seorang pesakit yang bemain biola kecil di London beberapa tahun lepas, menurut laporan itu.
Ahli muzik berkenaan terus bermain muziknya sepanjang pembedahan yang mengambil masa sembilan jam pada Isnin, katanya.
Pesakit itu dibenarkan pulang pada pagi Khamis.
"Ia merupakan pembedahan yang sangat sukar ke atas pesakit muda itu, dengan ketumbuhan di kawasan otak yang sangat kompleks, yang pada satu masa dikelaskan sebagai tidak boleh dibedah," kata Brogna kepada ANSA.
Beliau berkata prosedur itu menjadi lebih kompleks kerana pemuzik itu kidal.
-- BERNAMA
#pembedahan buang ketumbuhan otak #klinik di Rom #pakar bedah otak #tiup saksofon
;