Ahli gusti kini terlibat dalam dunia politik

Agensi
Mei 4, 2018 22:47 MYT
Tahukah anda Kane atau nama sebenarnya Glenn Jacobs kini terlibat dalam dunia politik apabila dia baru-baru ini dipilih menjadi Ahli Kongres Republikan. Foto: Twitter/@GlennJacobsTN, Youtube/TEGDAINTY
PEMINAT tegar perlawanan gusti World Wrestling Entertainment (WWE) pasti mengenali Kane.
Namun, tahukah anda Kane atau nama sebenarnya Glenn Jacobs kini terlibat dalam dunia politik apabila dia baru-baru ini dipilih menjadi Ahli Kongres Republikan di Knox County, Tessessee.
Jacobs yang menang dengan majoriti 17 undian bakal menentang Ahli Parti Demokrat, Linda Haney pada Ogos ini untuk pemilihan Datuk Bandar kawasan tersebut, lapor portal The Guardian.
Bekas ahli gusti berusia 51 tahun itu dilahirkan dalam keluarga tentera dan terkenal dengan sikap lantang menyuarakan pendapat tentang politik walaupun di pentas WWE.
Antara manifesto yang akan Jacobs perjuangkan adalah kadar cukai yang rendah.
Dalam pada itu, Jacobs turut berterima kasih kepada kasih kepada penyokongnya melalui posting di Twitter miliknya.

Thanks to everyone who helped win this historic victory!! The people who cast a ballot for me, my great team, my wonderful volunteers. Looking forward to VICTORY in the general election!

— Glenn Jacobs (@GlennJacobsTN) May 2, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Jacobs turut menggunakan nama pentas Isaac Yankem pada perlawanan WWE sebelum terkenal dengan nama Kane yang dikatakan rakan sekutu ahli gusti terkenal, The Undertaker.
Bukan Jacobs sahaja bekas ahli gusti yang pernah terlibat dengan dunia politik, jika dia memenangi pilihan raya negara itu, dia bakal ikut jejak langkah bekas ahli gusti WWE, Jesse ‘The Body’ Ventura yang telah berjaya menjadi Datuk Bandar di Brooklyn Park, Minnesota.
#Ahli Kongres Republikan #Glenn Jacobs #Kane #World Wrestling Entertainment #WWE
;