Agensi meteorologi Jepun gesa pemeriksaan persediaan gempa bumi

Bernama
Ogos 9, 2024 22:10 MYT
Agensi itu akan mengeluarkan maklumat penjelasan mengenai gempa bumi berhampiran Palung Nankai setiap petang sehingga Khamis.
TOKYO: Agensi Meteorologi Jepun pada Jumaat menggesa orang ramai di kawasan yang diliputi oleh maklumat kecemasannya mengenai kemungkinan gempa bumi besar di Palung Nankai di luar pantai Pasifik negara itu untuk memeriksa persediaan gempa bumi mereka, lapor Jiji Press.
Maklumat kecemasan itu dikeluarkan buat kali pertama pada Khamis berikutan gegaran 7.1 magnitud di luar pantai Wilayah Miyazaki di barat daya Jepun pada hari itu.
Agensi meteorologi menggesa orang ramai menjelang hujung minggu tiga hari dari Sabtu di Jepun untuk "mengesahkan semula persediaan gempa bumi dari waktu biasa dan bersiap sedia untuk berpindah segera jika gegaran dirasai."
Ia mengatakan bahawa "gempa bumi berskala besar lebih berkemungkinan berlaku dalam dua hingga tiga hari akan datang" di kawasan yang mengalami gegaran kuat dalam gempa bumi Khamis.
Agensi itu akan mengeluarkan maklumat penjelasan mengenai gempa bumi berhampiran Palung Nankai setiap petang sehingga Khamis.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Palung Nankai #Agensi Meteorologi Jepun #maklumat kecemasan