Agensi Makanan PBB perlu dana biaya pengangkutan

Astro Awani
Jun 19, 2020 08:50 MYT
Dana sebanyak AS$965 juta diperlukan untuk mengekalkan perkhidmatan pengangkutan makanan PBB sehingga hujung tahun 2020. - Wikipedia
Agensi Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru dana segera bagi mencegah penutupan sistem pengangkutan globalnya akhir Julai ini.
Perkhidmatan itu sebelum ini telah giat digunakan menyalurkan bantuan topeng muka, sarung tangan dan peralatan kritikal lain dalam berdepan pandemik koronavirus di 132 negara.
Pengarah Operasi World Food Program, Amer Daoudi berkata agensi itu juga harus menghentikan operasi pesawat yang sebelum ini telah digunakan untuk menghantar 2,600 pekerja kemanusiaan dan kesihatan secara percuma ke 40 destinasi di seluruh Afrika, Asia dan timur tengah sejak wabak itu bermula.
Tambahnya, dana sebanyak AS$965 juta (kira-kira RM4.13 trilion) diperlukan untuk mengekalkan perkhidmatan pengangkutannya sehingga hujung tahun 2020.
Setakat ini pihaknya hanya menerima AS$132 juta (kira-kira 565 juta).
#Amer Daoudi #COVID-19 #koronavirus #pandemik #PBB #Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu #sistem pengangkutan #World Food Program
;