Agensi Angkasa India berjaya lancarkan satelit pemerhatian bumi

Bernama
Ogos 16, 2024 21:25 MYT
SSLV-D3 berlepas dari tapak pelancaran Sriharikota, yang terletak berhampiran pantai Teluk Bengal, Andhra Pradesh di selatan India pada 9.17 pagi (waktu tempatan). - Gambar fail/Reuters/Rupak De Chowdhuri
NEW DELHI: Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) berjaya melancarkan penerbangan pembangunan ketiga dan terakhirnya, Small Satellite Launch Vehicle (SSLV)-D3 yang membawa Satelit Pemerhatian Bumi EOS-08 pada Jumaat.
SSLV-D3 berlepas dari tapak pelancaran Sriharikota, yang terletak berhampiran pantai Teluk Bengal, Andhra Pradesh di selatan India pada 9.17 pagi (waktu tempatan), lapor Xinhua.
"Penerbangan pembangunan ketiga SSLV mencapai kejayaan. SSLV-D3 berjaya menempatkan EOS-08 ke dalam orbit.
"Ini menandakan penyempurnaan Projek Pembangunan SSLV ISRO/DOS," menurut ISRO dalam satu kenyataan ringkas yang disiarkan di media sosial.
Dengan pemindahan teknologi, industri India dan New Space India Limited kini akan menghasilkan SSLV untuk misi komersial.
-- BERNAMA
#India #satelit #Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India #ISRO
;