Afghanistan keluar fatwa haramkan pengebom bunuh diri
Agensi
Jun 5, 2018 18:45 MYT
Jun 5, 2018 18:45 MYT
Presiden Afghanistan Ashraf Ghani mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengebom bunuh diri yang membunuh 14 orang di Kabul pada Isnin.
Serangan yang mensasarkan perhimpunan Ulama dan orang Islam terbabit jelasnya adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Dalam kejadian itu tujuh ulama terkemuka Afghanistan turut menjadi korban.
Justeru beliau bertegas akan menyokong sepenuhnya usul fatwa mengharamkan pengeboman bunuh diri yang disepakati Majlis Ulama pada Isnin.
"Serangan yang menyasarkan perhimpunan besar ulama dan ulama agama dari seluruh negara sebenarnya merupakan serangan terhadap para pewaris nabi Islam dan nilai-nilai Islam.
"Lebih malang serangan yang dilakukan hampir setiap minggu itu turut mengambil nyawa anak-anak kita yang tidak bersalah." jelasnya dalam satu rakaman video.
MIlitan Daish dalam satu kenyataan pada Selasa mengaku bertanggungjawab atas serangan terbabit.
Sebelum ini lebih daripada 2,000 sarjana agama dari seluruh negara bertemu pada Ahad dan Isnin bagi mengecam konflik keganasan di Afganistan.
Mereka sepakat mengeluarkan fatwa mengharamkan pengeboman bunuh diri dan menuntut agar militan Taliban memulihkan keamanan untuk membolehkan tentera asing keluar dari negara itu.
#Afghanistan
#bunuh
#bunuh diri
#daish
#fatwa
#Islam
#keganasan
#militan
#perhimpunan
#presiden
#serangan
#Taliban
#tentera