Adik Ratu Belanda ditemui maut, dipercayai akibat bunuh diri

Agensi
Jun 8, 2018 08:26 MYT
Ines Zorreguieta dipercayai menderita akibat tekanan. - Foto AP
Adik perempuan Ratu Maxima dari Belanda ditemui maut di Buenos Aires dipercayai akibat membunuh diri.
Perkara itu dimaklumkan Istana Diraja Belanda dan beberapa laporan media negara itu pada Khamis.
Akhbar harian Clarin melaporkan, mayat Ines Zorreguieta, 33 tahun, ditemui kira-kira jam 3 pagi, di sebuah pangsapuri miliknya di daerah Almagro, barat ibu negara pada Khamis.
Namun televisyen kerajaan Belanda, NOS melaporkan, Zorreguieta dipercayai menderita akibat tekanan.
Dia juga pernah dimasukkan ke klinik psikiatri di Buenos Aires pada 2012 dipercayai akibat penyakit anoreksia dan paranoia.
#anoreksia #Buenos Aires #bunuh diri #Ines Zorrequieta #Istana Diraja Belanda #paranoia #Ratu Belanda #Ratu Maxima #tekanan
;