Adik bongsu Presiden Donald Trump kritikal di hospital
Agensi
Ogos 15, 2020 10:41 MYT
Ogos 15, 2020 10:41 MYT
Adik Presiden Amerika Syarikat (AS) dilapor berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital di Manhattan, New York.
Menurut jurucakap White House, Donald Trump, 74, dijangka melawat adiknya Robert, 72, pada Sabtu.
"Donald memiliki hubungan yang sangat baik dengan Robert dan adiknya itu cukup istimewa buat Presiden AS."
Bagaimanapun, White House tidak mendedahkan sebab dan punca Robert ditahan di hospital.
Robert merupakan adik bongsu daripada empat beradik dalam keluarga Trump.
Beliau baru-baru ini memfailkan tuntutan undang-undang bagi pihak keluarganya berhubung penerbitan buku berjudul "Too Much and Never Enough."
Robert sebelum ini bekerja dengan abang sulungnya di Trump Organisation.
Donald mendakwa buku yang ditulis oleh anak saudaranya Mary Trump melanggar perjanjian yang ditandatanganinya sebelum ini berkaitan penyelesaian kewangan yang diterima daripada keluarga Trump.
Mary merupakan anak kepada abang sulung Donald, Fred Trump Jr yang meninggal dunia pada 1981 ketika berusia 43 tahun akibat tabiat alkohol.
Tiada ahli keluarga yang hadir pada malam Fred Trump menghembuskan nafas terakhir di hospital dan menurut Mary, Donald ketika itu sedang menonton wayang dengan adik-beradiknya yang lain.
#Donald Trump
#Hospital Manhattan
#Mary Trump
#New York
#Robert Trump
#Sakit kritikal
#Too Much and Never Enough
#White House