Adele kongsi wajah terbaharu
Agensi
Mei 10, 2021 20:07 MYT
Mei 10, 2021 20:07 MYT
SEMPENA ulang tahunnya yang ke-33, penyanyi terkenal antarabangsa, Adele berkongsi beberapa foto terbaharu di akaun Instagramnya.
Sebelum ini, penyanyi lagu Hello dan Rolling in the Deep itu lebih banyak berdiam diri dan tidak aktif di media sosial dengan kali terakhir berkongsi hantaran ialah pada Januari lepas iaitu ketika meraikan ulang tahun ke-10 pelancaran album keduanya.
Tiga keping gambar dikongsi Adele memaparkan gambar hitam putih penyanyi itu yang menampakkan wajahnya semakin kurus.
Foto kedua pula menunjukkan dia yang memakai baju renang berwarna-warni kelihatan gembira sementara tangannya terbuka luas.
Sementara dalam foto ketiga pula, Adele berkongsi gambarnya sedang memakai gaun dan wajahnya memandang kamera.
Sementara itu, rakannya, Alan Carr, mendedahkan kepada New York Post dalam laporannya pada 15 Januari lepas yang dia sudah mendengar beberapa buah lagu yang akan dimuatkan dalam album terbaharu penyanyi itu.
“Saya sudah mendengar beberapa lagu di album Adele yang akan datang dan saya dapat menggambarkannya sebagai sangat mengagumkan,” kata Carr penuh teruja.
Album terakhir Adele, 25, dilancarkan pada tahun 2015.
Penyanyi hebat itu telah telah memenangi 15 Anugerah Grammy setakat ini dan mungkin dapat memenanginya lagi jika menghasilkan album baru yang pastinya sangat dinantikan peminatnya.