Adakah internet akan jadi tidak neutral?
Agensi
Disember 15, 2017 12:49 MYT
Disember 15, 2017 12:49 MYT
Adakah internet tidak lagi neutral?
Suruhanjaya Komunikasi AS, di bawah arahan Presiden Donald Trump mengundi untuk menamatkan sifat neutral internet.
Undang-undang berkenaan diwujudkan sebelum ini antara lain untuk menghalang mana-mana syarikat daripada membayar pembekal perkhidmatan internet (ISP) untuk meningkatkan kelajuan bagi kandungan mereka sahaja.
Ini akan membolehkan pembekal kandungan, aplikasi dan laman web, untuk mencapai lebih banyak pengguna, pada kelauan yang lebih pantas daripada pesaing mereka.
ISP kini hanya perlu memberi maklum bahawa mereka melakukan perkara ini.
Penyokong keneutralan internet menyatakan tanpa undang-undang ini, pembekal boleh mengawal hasil carian untuk memastikan ia menghapuskan pesaing.
Ini lebih-lebih lagi apabila lebih banyak ISP memiliki syarikat kandungan.