Adakah gencatan senjata melibatkan pengganas? - Bashar Al-Assad

APTN
Februari 16, 2016 22:22 MYT
BASHAR: Siapa yang akan bercakap dengan kumpulan pengganas, apabila organisasi itu gagal untuk melakukan genjatan senjata? -Gambar fail
Presiden Syria, Bashar Al-Assad meragui prospek gencatan senjata di Syria.
Beliau berkata, gencatan senjata berkenaan hanya melibatkan tentera Syria dan negara-negara yang terlibat, bukannya dengan pihak yang dilabelkannya sebagai pengganas.
Bashar mengulas mengenai perjanjian yang dicapai minggu lepas antara Amerika Syarikat, Rusia dan lain-lain kuasa dunia untuk pemberhentian permusuhan sementara di Syria.
Beliau bagaimanapun sangsi sama ada kumpulan pemberontak bersedia memikul tanggungjawab, bagi menyertai gencatan senjata berkenaan.
"Siapa yang akan bercakap dengan kumpulan pengganas, apabila organisasi itu gagal untuk melakukan genjatan senjata?
"Mereka kata mereka mahu genjatan senjata dalam seminggu namun siapa akan memastikan kumpulan pengganas itu akan sertai dalam genjatan senjata itu? Tiada," tambahnya.
Bashar berkata demikian dalam satu mesyuarat bersama Persatuan Peguam-Peguam Syria di Damsyik pada Isnin.
#Amerika Syarikat #Bashar al-Assad #genjatan senjata #pemberontak #Rusia #Syria
;