Acara Earth Hour dibatalkan di Australia susulan amaran ribut petir

Bernama
Mac 25, 2023 16:48 MYT
Susulan itu, acara Earth-Hour yang sepatutnya diadakan bermula 8.30 hingga 9.30 malam waktu tempatan, terpaksa dibatalkan. - Gambar Astro AWANI
SYDNEY: Biro Meteorologi Australia pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa bahagian di New South Wales (NSW) hanya beberapa jam sebelum acara Earth Hour dijadual bermula pada 8.30 malam waktu tempatan.
"Dalam tempoh beberapa jam lagi, ribut petir mungkin mencetuskan hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir kilat, hujan batu dan angin kencang," menurut biro cuaca itu dalam satu kenyataan.
Beberapa lokasi yang mungkin terjejas termasuk Tenterfield, Glen Innes, Inverell, West Wyalong, Ashford dan Cowra.
Di Lapangan Terbang Goulburn curahan hujan direkodkan sebanyak 31 mm dalam masa 30 minit manakala di bandar raya Forster dan Tuncurry curahan hujan direkodkan sebanyak 65-70 mm dalam tempoh tiga jam.
Susulan itu, acara Earth-Hour yang sepatutnya diadakan bermula 8.30 hingga 9.30 malam waktu tempatan, terpaksa dibatalkan.
--BERNAMA-XINHUA
TAG: Australia, Earth Hour, ribut petir, amaran
#banjir kilat #Earth Hour #Biro Meteorologi Australia #New South Wales
;