Dua warga Jerman yang diculik dan ditahan kumpulan Abu Sayyaf sejak enam bulan lalu, dibebaskan pada Jumaat.
Stefan Okonek dan Henrike Dielen dibebaskan di Pulau Jolo, Filipina selepas kumpulan itu menerima wang tebusan berjumlah AS$5.6 juta (RM18 juta)
Pembebasan kedua-dua tahanan tersebut disahkan Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin.
Jurucakap Abu Sayyaf memberitahu stesen radio DXRZ di selatan Bandar Zamboanga bahawa kumpulan tersebut telah menerima wang tebusan tersebut namun enggan mendedahkan identiti individu yang menghantar wang berkenaan.
Jurucakap itu juga memberitahu Okonek dan Dielen diserahkan kepada seorang perunding di Perkampungan Patikul, iaitu kubu kuat Abu Sayyaf.
Beberapa jam sebelum kedua-dua warga Jerman itu dibebaskan, kumpulan Abu Sayyaf dilaporkan mengugut untuk memenggal kepala salah seorang mangsa, sekiranya wang tebusan tidak dibayar.
Kedua-duanya diculik dari sebuah kapal layar ketika berada antara perairan Sabah dan wilayah Palawan.
Mereka kemudiannya dibawa ke wilayah Sulu, iaitu kira-kira 950 kilometer ke selatan Manila.
Selain tuntutan wang tebusan, kumpulan Abu Sayyaf turut mendesak Jerman berundur daripada Pakatan Amerika Syarikat untuk menyerang kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria dan Iraq.
Astro Awani
Sat Oct 18 2014
![Abu Sayyaf bebaskan dua tahanan warga Jerman Abu Sayyaf bebaskan dua tahanan warga Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/41413596936_295x200.jpg)
Stefan Okonek dan Henrike Dielen dibebaskan di Pulau Jolo, Filipina - Foto oleh AFP /WESMINCOM
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjut sehingga 10 April Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjut sehingga 10 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648223892_EsssCom.jpg)
Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjut sehingga 10 April
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 10 April ini.
![Abu Sayyaf: Pasukan komando UTK digerakkan ke pantai timur Sabah Abu Sayyaf: Pasukan komando UTK digerakkan ke pantai timur Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41643811811_TBHAZANIGHAZALI.jpg)
Abu Sayyaf: Pasukan komando UTK digerakkan ke pantai timur Sabah
Tahap keselamatan di pantai timur Sabah akan dipertingkatkan termasuk menggerakkan satu pasukan komando Unit Tindakan Khas (UTK) bagi menangani isu berkaitan kumpulan Abu Sayyaf.
![Pembuat bom Abu Sayyaf sah masih hidup - ESSCom Pembuat bom Abu Sayyaf sah masih hidup - ESSCom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643546176_TBABUSAYYAF.jpg)
Pembuat bom Abu Sayyaf sah masih hidup - ESSCom
Pembuat bom yang juga sub ketua kumpulan Abu Sayyaf, Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan yang dilaporkan ditembak mati Mei lepas di Filipina, disahkan masih hidup.
![ESSCOM keluarkan 20 senarai suspek dikehendaki terbabit kes penculikan ESSCOM keluarkan 20 senarai suspek dikehendaki terbabit kes penculikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643257360_SuspekEsszone.jpg)
ESSCOM keluarkan 20 senarai suspek dikehendaki terbabit kes penculikan
ESSCOM hari ini mengeluarkan senarai terkini 20 individu warga Filipina yang dikehendaki kerana terbabit dalam kes penculikan untuk wang tebusan.
![Kerajaan bangun pelan tindakan kebangsaan, tangani fahaman pelampau keganasan Kerajaan bangun pelan tindakan kebangsaan, tangani fahaman pelampau keganasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636366708_ESSCOM.jpg)
Kerajaan bangun pelan tindakan kebangsaan, tangani fahaman pelampau keganasan
Kerajaan sedang membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE).
![Abu Sayyaf: Pemilik ladang perlu pastikan pekerja memiliki dokumen pengenalan diri - Polis Abu Sayyaf: Pemilik ladang perlu pastikan pekerja memiliki dokumen pengenalan diri - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629508398_HazaniGhazali.jpg)
Abu Sayyaf: Pemilik ladang perlu pastikan pekerja memiliki dokumen pengenalan diri - Polis
Hazani berkata, jika sukar memastikan pekerja memiliki dokumen yang sah, pemilik ladang perlulah mencari jalan untuk mendokumentasikan sendiri buruh mereka.
![Dua anggota Abu Sayyaf maut, 11 ditahan rancang culik pemilik ladang kelapa sawit Dua anggota Abu Sayyaf maut, 11 ditahan rancang culik pemilik ladang kelapa sawit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81605421220_TBHazaniGhazali.jpg)
Dua anggota Abu Sayyaf maut, 11 ditahan rancang culik pemilik ladang kelapa sawit
Polis Keselamatan menggagalkan cubaan kumpulan militan Abu Sayyaf untuk melakukan penculikan untuk tebusan ke atas pemilik ladang kelapa sawit di sekitar Sandakan.
![Polis Sabah tembak mati dua anggota Abu Sayyaf Polis Sabah tembak mati dua anggota Abu Sayyaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629419193_DatukHazaniGhazali.jpg)
Polis Sabah tembak mati dua anggota Abu Sayyaf
Kedua-dua lelaki ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.
![Mesej Abu Sayyaf tangkap, potong anggota badan penduduk tidak benar - ESSCom Mesej Abu Sayyaf tangkap, potong anggota badan penduduk tidak benar - ESSCom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81621854402_ESSCOM.jpg)
Mesej Abu Sayyaf tangkap, potong anggota badan penduduk tidak benar - ESSCom
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menafikan dakwaan berlaku kejadian kumpulan Abu Sayyaf menangkap penduduk kampung dan memotong anggota badan.
![Rumah jadi lokasi serang hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap polis dimusnahkan Rumah jadi lokasi serang hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap polis dimusnahkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621576750_seranganhendappeng.jpg)
Rumah jadi lokasi serang hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap polis dimusnahkan
Enam rumah di kawasan hutan di belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort yang menjadi lokasi serangan hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimusnahkan.