Abu menghala ke selatan, penutupan lapangan terbang Bali dilanjutkan
Agensi
November 28, 2017 08:33 MYT
November 28, 2017 08:33 MYT
Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Denpasar yang ditutup ekoran letusan Gunung Agung di Bali, dilanjutkan untuk tempoh 24 jam lagi.
Menurut pihak pengurusan lapangan terbang berkenaan, ia dilanjutkan susulan sebaran abu dari gunung berapi tersebut.
"Hasil pemantauan terhadap letusan Gunung Agung, lapangan terbang ini masih ditutup sehingga 7 pagi esok.
"Dengan kelajuan sebaran abu dari gunung berapi iaitu 5-10 knot, ia masih menghala ke arah lapangan terbang ini," kata lapangan terbang, Arie Ahsannurohim seperti dipetik dalam DetikCom.
Lapangan Terbang Ngurah Rai ditutup sejak semalam untuk tempoh 24 jam bermula 7 pagi dan sepatutnya dibuka semula 7 pagi ini.
#Airport
#Bali
#Denpasar
#Gunung Agung
#gunung berapi
#lapangan terbang
#Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai
#lapangan terbang tutup
#Ngurah Rai
#tutup