Abraham ditahan kerana palsukan dokumen
Agensi
April 29, 2015 08:24 MYT
April 29, 2015 08:24 MYT
Polis Selatan Sulawesi menahan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia, Abraham Samad pada Selasa selepas disoal siasat selama beberapa jam kerana kesalahan pemalsuan dokumen.
Abraham yang digantung tugas sejak Februari tiba di Ibu Pejabat Polis Sulawesi Selatan pada petang Selasa dengan diiringi 14 orang peguam.
"Sebagai warga yang baik, saya perlu memberi contoh pimpinan melalui teladan dan akan mengikuti proses undang-undang hari ini," katanya kepada wartawan semasa tiba di balai polis.
Abraham turut melahirkan keyakinan dia tidak ditahan dan menyifatkan hanya mereka yang melarikan diri akan ditahan.
Abraham dinamakan antara suspek selepas seorang wanita yang dikenal pasti dengan nama Feriyani Lim dilaporkan bersama Abraham membantunya memalsukan dokumen mengenai pasport dari pejabat imigresen Makassar pada 2007.
Feriyani juga merupakan suspek kes berkenaan.
Soal siasat pada Selasa merupakan kali kedua Abraham disiasat polis.
Abraham juga dinamakan sebagai suspek dalam satu lagi kes jenayah di mana dia didakwa memnantu satu kes rasuah berprofil tinggi dengan mengurangkan hukuman dalam pertukaran untuk sokongan politik dalam pilihan raya presiden.