Abe Shinzo umum letak jawatan

Astro Awani
Ogos 28, 2020 06:19 MYT
Abe Shinzo mengumumkan peletakan jawatan susulan masalah kesihatan yang dihadapinya. -Gambar fail
Perdana Menteri Jepun, Abe Shinzo mengumumkan peletakan jawatan susulan masalah kesihatan yang dihadapinya.
Menurut Abe, beliau perlu menjalani rawatan jangkitan usus yang menyebabkan beliau terpaksa berehat seketika pada 2007.
"Dalam keadaan saya sedang menjalani rawatan dan berada dalam situsi fizikal yang tidak mengizinkan, tidak semestinya ada kesilapan yang dibuat dalam keputusan politik yang penting, atau situasi di mana saya gagal mencapai keputusan.
"Oleh kerana saya tidak lagi berada dalam situasi di mana saya dengan yakin dapat menggalas amanah rakyat negara ini, saya telah memutuskan saya tidak lagi harus terus memegang jawatan perdana menteri.
"Saya akan mengundurkan diri daripada jawatan perdana menteri," kata Abe.
#Abe Shinzo #jangkitan usus #letak jawatan #Perdana Menteri Jepun
;