Abbott: Keutamaan adalah untuk mendapatkan akses ke tapak nahas MH17, bukan sekatan

AFP
Julai 30, 2014 11:36 MYT
Australia telah mengenakan beberapa sekatan seperti larangan melancong dan sektor kewangan ke atas Russia.
Perdana Menteri, Tony Abbott hari ini mengatakan bahawa Australia memberi keutamaan untuk mendapatkan akses ke tempat nahas MH17 di Ukraine pada ketika ini dan bukannya untuk mengenakan sekatan ke atas Russia.
Amerika Syarikat and Eropah telah mengumumkan sekatan yang lebih ketat ke atas Russia ekoran insiden kumpulan pemisah Ukraine, yang dikatakan mendapat bantuan Rusia, menembak jatuh Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 .
"Saya tidak katakan kami tidak akan, mungkin pada masa akan datang, mungkin lebih. Tetapi, buat masa ini, focus kami bukanlah terhadap sekatan tetapi dalam membawa pulang mayat warga kami secepat mungkin,” kata Abbott.
Australia telah mengenakan beberapa sekatan seperti larangan melancong dan sektor kewangan sebagai respon kepada Russia yang menceroboh wilayah Ukraine, Mac lalu.
Lebih 200 mayat telahpun dibawa keluar dari kawasan nahas itu tetapi pihak polis Belanda dan Australia mahu memasuki kawasan itu untuk menuntut lebih banyak mayat yang dikatakan masih berada di situ.
“Sebolehnya, kami mahu cuba untuk mengakses kawasan itu lagi hari ini. Kalau kami tidak berjaya hari ini, kami akan cuba lagi esok atau lusa,’ katanya.
MH17 yang membawa 298 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah dikatakan ditembak jatuh di Ukraine pada July 17.
#Amsterdam #Kuala Lumpur #Malaysia Airlines #MH17 #Rusia #Ukraine
;