Abbas, Erdogan bincang isu Palestin-Israel, pembangunan semula Gaza

Astro Awani
Julai 11, 2021 00:26 MYT
Erdogan (kanan) mengadakan pertemuan bersama Mahmoud Abbas di Istanbul, pada Sabtu. -Murat Cetinmuhurdar/Presidential Press Office
ISTANBUL: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengadakan pertemuan bersama Presiden Palestin Mahmoud Abbas di Istanbul, pada Sabtu.
Agenda perbincangan dua hala terarah kepada perkembangan terbaharu dalam isu Israel-Palestin dan pembangunan semula Gaza pasca krisis tersebut.
Erdogan menyampaikan pendirian negara membantah pencerobohan tanah Palestin yang dilakukan Israel.
Pertemuan kedua-dua pemimpin ini sebahagian daripada rangka lawatan Abbas ke Istanbul.
Isu pembangunan semula Semenanjung Gaza turut dibincangkan.
Lawatan Abbas ke Turki juga berlangsung ketika bantahan terhadapnya di beberapa wilayah Palestin semakin meningkat.
#Palestin #Turki #Recep Tayyip Erdogan #Mahmoud Abbas #Istanbul #Gaza #Israel #pembangunan semula Gaza #Pencerobohan Israel