Abang penggal kepala adik di depan jiran susulan pertengkaran

Agensi
Mei 18, 2017 18:40 MYT
Seorang lelaki Taiwan ditahan polis pada Khamis selepas dipercayai memenggal kepala adik perempuannya di hadapan jiran-jiran selepas berlaku pertengkaran di antara mereka. -Gambar hiasan
Seorang lelaki Taiwan ditahan polis pada Khamis selepas dipercayai memenggal kepala adik perempuannya di hadapan jiran-jiran selepas berlaku pertengkaran di antara mereka.
Lelaki berumur 54 tahun itu, yang dikenal pasti dengan nama keluarganya Lin, memenggal kepala adik perempuannya dengan pisau dapur di luar rumah mereka di selatan bandar Kaohsiung.
Pihak polis berkata Lin dan adiknya, 52, tidak berkahwin dan tinggal bersama.
Lin telah menjaga adiknya yang kurang siuman itu sejak bertahun lamanya.
“Si adik sepatutnya pergi ke hospital pagi ini namun mereka bertengkar selepas dia enggan. Lin kemudiannya bertindak menyerang dan memenggal kepala adiknya itu,” kata seorang pegawai polis.
Tragedi ini susulan satu lagi kes penggal kepala melibatkan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun minggu lalu.
#Kaohsiung #kurang siuman #penggal kepala
;