Abang bunuh adik setelah bergaduh tentang makanan

Agensi
Mac 26, 2015 16:22 MYT
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun membunuh adiknya berusia 6 tahun dan mencederakan seorang lagi adiknya sebelum membunuh diri.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun membunuh adiknya berusia 6 tahun dan mencederakan seorang lagi adiknya yang lebih tua sebelum membunuh diri dengan senjata yang sama.
Menurut pihak berkuasa, ketika kejadian, adik-beradik itu dipercayai berselisih faham tentang makanan, lapor CNN.
"Ini satu mimpi ngeri apabila mengetahui tentang umur anak-anak ini," kata Syerif Pasco County, Chris Nocco.
"Anak kecil berusia 6 tahun itu mungkin sedang bermain di dalam biliknya, bertengkar tentang makanan, dan hilang nyawanya."
Insiden berlaku pada Rabu di sebuah taman menempatkan rumah karavan di Hudson di mana suspek remaja itu berkongsi tempat tinggal dengan tiga adik serta ibunya.
Abang yang sulung berusia 18 tahun tiada di rumah, manakala ibu mereka berada di tempat kerja.
Adik suspek yang cedera telah dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan stabil.
#berselisih faham #bunuh adik #Chris Nocco #makanan #Syerif Pasco County
;