900 rakyat Palestin maut akibat serangan Israel
Agensi
Oktober 10, 2023 05:10 MYT
Oktober 10, 2023 05:10 MYT
GAZA: Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan, sehingga kini seramai 900 rakyat negara itu maut dalam serangan udara yang dilancarkan Israel baru-baru ini.
Daripada jumlah berkenaan, sebahagian mangsa merupakan golongan wanita dan kanak-kanak.
Sementara 4,500 mangsa lain dilaporkan mengalami kecederaan.
Dalam perkembangan sama, seramai 21 lagi rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat, manakala puluhan lain cedera. - BBC