9 terbunuh serangan peluru berpandu di utara Syria
Bernama
Ogos 19, 2022 20:23 MYT
Ogos 19, 2022 20:23 MYT
AL-BAB (Syria): Sekurang-kurangnya sembilan orang awam terbunuh manakala 15 lagi cedera apabila peluru berpandu membedil bandar al-Bab di utara Syria pada Jumaat.
Kanak-kanak turut menjadi korban dalam serangan itu, manakala tiada pihak mengaku bertanggungjawab setakat ini, lapor Agensi Anadolu.
Turkiye melancarkan Operasi Euphrates Shield di utara Syria pada 24 Ogos 2016 bagi menghapuskan Daish dan pengganas lain serta membantu rakyat Syria kembali ke tanah air mereka dengan selamat.
Operasi itu berlangsung selama 216 hari dan berakhir pada 29 Mac 2017.
Ketika operasi itu, lebih 2,600 pengganas Daish terbunuh dan 413 pengganas ditahan.
Jarablus, Al-Rai, Dabiq, Qabasin, dan Al-Bab dikeluarkan daripada senarai pengganas.
-- BERNAMA