9 terbunuh dalam serangan Israel di Rafah
Astro Awani
Jun 20, 2024 09:50 MYT
Jun 20, 2024 09:50 MYT
ISRAEL melakukan serangan semalaman di kawasan al-Mawasi di Rafah, Gaza, menyaksikan sekurang-kurangnya sembilan terbunuh dan beberapa lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Ketika serangan, kereta kebal Israel yang disokong oleh pesawat pejuang dan dron dilihat memasuki bahagian barat bandar Rafah di Semenanjung Gaza.
Kini selepas kira-kira lapan bulan peperangan berlangsung, tidak ada tanda-tanda serangan Israel akan berhenti.
Ia sekali gus memperlihatkan usaha pengantara antarabangsa yang disokong oleh Amerika Syarikat setakat ini gagal memujuk Israel bersetuju dengan gencatan senjata.
Serangan setakat ini telah menyebabkan kemusnahan di Gaza dan membunuh lebih 37,400 orang.