9 pekerja penyelenggaraan maut dirempuh kereta api
Astro Awani
Jun 4, 2021 12:01 MYT
Jun 4, 2021 12:01 MYT
LANZHOU: Sembilan pekerja binaan terbunuh setelah dirempuh sebuah kereta api dalam kejadian di wilayah Gansu, barat laut China pada Jumaat.
Menurut China Railway Lanzhou Bureau Group Co, Ltd, nahas berlaku kira-kira jam 5.25 pagi waktu tempatan apabila kereta api yang berada di laluan Jinchang merempuh pekerja binaan, lapor agensi berita Xinhua.
Kalangan netizen di negara itu bagaimanapun mempersoalkan bagaimana nahas boleh berlaku.
Luahan rasa marah dan puas hati membanjiri platform microblogging Weibo.
"Sekiranya pekerja menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan, maka pemandu kereta api pasti tahu mengenainya.
"Bagaimana ini boleh terjadi?
"Sembilan nyawa diragut begitu saja!"
"Siapa yang bertanggung jawab dan apa yang telah dia lakukan?"
Operasi menyelamat sedang dijalankan.
#nahas kereta api
#gansu
#Jinchang
#rempuh pekerja binaan
#China Railway Lanzhou Bureau Group Co
#operasi menyelamat