9 maut, bot pelarian karam di perairan Turki
Agensi
Jun 3, 2018 21:17 MYT
Jun 3, 2018 21:17 MYT
Sembilan termasuk enam kanak-kanak maut pada Ahad selepas sebuah bot laju yang membawa 15 orang pelarian karam berhampiran pantai selatan Antalya, selatan Turki.
Menurut pengawal pantai Turki dalam satu kenyataan, lima daripada mangsa kejadian tersebut berjaya diselamatkan.
Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.