9 maut akibat H1N1 di Palestin
Astro Awani
Disember 30, 2012 17:04 MYT
Disember 30, 2012 17:04 MYT
Pihak berkuasa Palestin mengesahkan 9 maut akibat wabak H1N1 atau selsema burung di Tebing Barat.
Perdana Menteri, Salam Fayyad memaklumkan 187 lagi dijangkiti virus berkenaan.
Berikutan perkembangan itu, pihak berkuasa Palestin mengisytiharkan perintah darurat dan semua pihak berkaitan kesihatan diletakkan dalam keadaan bersiap sedia.
Kes pertama wabak berkenaan dilaporkan dikesan di bahagian utara Tebing Barat.
Sejak itu ia mencatatkan peningkatan dan merebak ke selatan.
Selain Ramallah, kes berkenaan turut merebak ke beberapa kawasan termasuk Baitul Maqdis dan Jericho.