9 maut, 27 cedera dalam serangan bom bunuh diri di Lahore

Agensi
Mac 14, 2018 06:45 MYT
Sembilan terbunuh termasuk lima anggota polis manakala 27 yang lain cedera dalam satu serangan di pos kawalan polis di bandar Lahore pada Rabu - Foto AP
Sembilan terbunuh termasuk lima anggota polis manakala 27 yang lain cedera dalam satu serangan di pos kawalan polis di bandar Lahore pada Rabu.
Ketua polis Lahore sahkan insiden berpunca daripada pengebom bunuh diri selepas meneliti bukti di tempat kejadian.
Pos kawalan tersebut terletak berdekatan dengan pusat jemaah utama kumpulan agama di Raiwind berdekatan Lahore di ibukota wilayah Punjab.
Siasatan awal polis mendapati letupan berlaku selepas jemaah selesai menunaikan solat.
Kebanyakkan mangsa yang cedera merupakan anggota polis.
Tiga daripada mangsa kini kritikal dan dirawat di hospital berdekatan.
Mangsa lain yang tercedera termasuk anggota kumpulan pendakwah dikenali sebagai Tablighi Jamaat.
Kumpulan utama Taliban negara itu, Tehrik-e-Taliban mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.
#bom #bunuh diri #Lahore #Pakistan
;