9.81 bilion vaksin COVID-19 didaftar di seluruh dunia

Astro Awani
Januari 25, 2022 01:42 MYT
Jumlah dos vaksin COVID-19 yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia berjumlah lebih 9.81 bilion setakat ini. - Foto fail/BERNAMA
JUMLAH dos vaksin COVID-19 yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia berjumlah lebih 9.81 bilion setakat ini.
Data juga mendedahkan, China mendahului dengan lebih 2.87 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti India dengan lebih 1.6 bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 531 juta dos vaksin.
Brazil mencatat lebih 352 juta dos didaftarkan, sementara Jepun lebih 203 juta.
Turki, Jerman dan Mexico mencatat angka melepasi 100 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan mendaftarkan lebih 306 juta dos.
Ini diikuti Filipina dengan 123 juta, manakala Thailand lebih 111 juta, dan Malaysia pula lebih 62 juta.
Sementara Singapura sudah melebihi 11 juta dos vaksin didaftarkan.
#COVID-19 #jumlah vaksin didaftarkan #China #vaksin disuntik