86 migran berjaya diselamatkan pengawal pantai Sepanyol

Astro Awani
Julai 11, 2023 08:00 MYT
Pasukan penyelamat membantu seorang migran turun dari kapal pengawal pantai Sepanyol di Gran Canaria. - Foto REUTERS
MADRID: Sekurang-kurangnya 86 pendatang telah dipintas dan diselamatkan oleh pengawal pantai Sepanyol pada jarak 113 kilometer dari Gran Canaria.
Kapal kontena MSC Marta dilencongkan ke kawasan itu bagi memberi sokongan selepas pesawat mencari dan menyelamat menemui sampan yang membawa 80 lelaki dan enam wanita.
Sebuah pesawat peninjau mengesan sebuah bot menghala ke selatan Pulau Gran Canaria.
Para pendatang dipindahkan ke kapal pengawal pantai dan kemudian ditemui oleh perkhidmatan kecemasan di pelabuhan berhampiran Gran Canaria.
Laluan Atlantik, biasanya digunakan oleh pendatang dari Sahara Afrika, adalah salah satu laluan yang paling berbahaya di dunia.
Menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 559 orang maut pada tahun 2022 dalam percubaan untuk sampai ke Kepulauan Canary.
Data kerajaan Sepanyol menunjukkan 7,213 orang tiba di Kepulauan Canary antara Januari dan akhir Jun tahun ini, penurunan 18.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
#migran #pengawal pantai #Gran Canaria #sampan
;