85 pesakit dari Gaza dipindahkan ke UAE untuk terima rawatan

Bernama
Julai 31, 2024 10:50 MYT
Pesakit yang terdiri daripada 35 kanak-kanak dan 50 orang dewasa itu dipindahkan dari Gaza melalui lintasan Kerem Shalom ke Lapangan Terbang Ramon di Israel. - Foto X Tedros Adhanom Ghebreyesus
GENEVA: Seramai 85 pesakit kritikal dan cedera dari Semenanjung Gaza telah dipindahkan ke Abu Dhabi pada Selasa untuk menerima rawatan dalam operasi bersama berskala besar, lapor Xinhua.
Dibantu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan kerjasama kerajaan UAE dan rakan kongsi lain, pemindahan itu menandakan operasi terbesar seumpamanya sejak Oktober 2023.
Pesakit yang terdiri daripada 35 kanak-kanak dan 50 orang dewasa itu dipindahkan dari Gaza melalui lintasan Kerem Shalom ke Lapangan Terbang Ramon di Israel.
Pengarah Serantau WHO bagi Mediterranean Timur, Hanan Balkhy memuji usaha UAE dengan berkata: "Saya amat berterima kasih kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana memindahkan pesakit dari Gaza dan memberikan mereka rawatan."

Today, 85 sick and severely injured people from #Gaza, including 35 children, were evacuated to Abu Dhabi, #UAE, for specialized care. This extremely complex joint evacuation was supported by @mofauae, @WHO and partners. It is the largest medical evacuation since October 2023. pic.twitter.com/2AZKKU3T4m

— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) July 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
--BERNAMA-XINHUA
#Gaza #Kanak-kanak #UAE #pemindahan pesakit
;