8 terbunuh dalam letupan lombong arang batu

Astro Awani
April 1, 2022 07:15 MYT
Pasukan penyelamat mengeluarkan mayat mangsa daripada lombong arang batu yang meletup di Serbia. - Foto AP
SOKO BANJA: Lapan individu terkorban, manakala 18 yang lain cedera dalam tragedi letupan gas di sebuah lombong arang batu di Soko Banja, Serbia.
Kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar pukul 4 pagi Jumaat waktu tempatan.
Tragedi itu dipercayai berlaku disebabkan letupan gas methanol, seperti yang disahkan Kementerian Tenaga dan Perlombongan negara itu.
Siasatan mendapati, sebahagian stuktur lombong ranap sehingga menyebabkan pekerja lombong terperangkap di dalamnya sebelum letupan berlaku.
Kejadian seumpama itu pernah berlaku sekitar tahun 1974 dan 1998 sehingga menyebabkan masing-masing 29 dan 15 individu maut.
#letupan lombong #lombong arang batu #gas methanol #terperangkap
;