GUIYANG (China): Lapan orang lemas manakala tujuh yang lain masih hilang selepas sebuah kapal penumpang terbalik di sebatang sungai di wilayah Guizhou, barat daya China pada Sabtu, menurut pihak berkuasa tempatan.

Nahas berlaku pada 4.50 petang di Sungai Zangke di Zangke Township, bandar Liupanshui, lapor Agensi Berita Xinhua.

Sehingga 8.10 pagi Ahad, 39 penumpang telah diselamatkan.

Kapal itu mempunyai kapasiti muatan 40 orang dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan untuk kenal pasti jumlah sebenar penumpang.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

-- BERNAMA