8 maut dalam tembakan rambang di sekolah Texas

Agensi
Mei 18, 2018 00:02 MYT
Ini adalah insiden tembakan beramai-ramai terbaharu yang menggemparkan Amerika Syarikat di tengah-tengah perdebatan hebat mengenai kawalan senjata. - Foto KTRK-TV ABC13 via AP

Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dalam insiden tembakan rambang di sebuah sekolah menengah di Santa Fe, Texas Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan, keadaan kini terkawal dan suspek utama kini dalam tahanan.
Turut ditahan seorang lagi suspek.
Selain mangsa yang maut, seorang anggota polis kini sedang dirawat namun apakah bentuk kecederaan yang dialaminya masih belum diketahui.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam reaksinya menerusi mesej Twitter berharap semuanya selamat.

School shooting in Texas. Early reports not looking good. God bless all!

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) May 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ini adalah insiden tembakan beramai-ramai terbaharu yang menggemparkan Amerika Syarikat di tengah-tengah perdebatan hebat mengenai kawalan senjata.
Pada 14 Februari lalu, 17 pelajar dan kakitangan sebuah sekolah di Florida maut dalam insiden tembakan.

#Amerika Syarikat #bunuh #Donald Trump #mangsa #maut #meninggal dunia #pelajar #polis #Santa Fe #sekolah #suspek #tembakan #Texas #Twitter
;