8 maut dalam insiden tembakan di tiga spa, suspek dipercayai sasar wanita Asia
Astro Awani
Mac 17, 2021 10:07 MYT
Mac 17, 2021 10:07 MYT
ATLANTA: Sekurang-kurangnya lapan terkorban dalam insiden tembakan di tiga premis spa dan rumah urut di Atlanta.
Kebanyakan mangsa dipercayai wanita Asia, lapor portal globalsnews.ca.
Suspek Robert Aaron Long, 21, dari Woodstock ditahan di Crisp County kira-kira 240 kilometer dari selatan Atlanta beberapa jam selepas kejadian.
Ketua Polis Atlanta, Rodney Bryant berkata tiga mangsa terbunuh di sebuah spa di timur laut Atlanta, manakala mangsa keempat pula dibunuh di sebuah lagi spa di seberang jalan.
Bryant memaklumkan keempat-empat mangsa adalah wanita dan dipercayai warga Asia.
Sementara itu, laporan CNN memetik jurucakap pejabat sherif Cherokee County yang memaklumkan empat maut di Young's Asian Massage dekat Acworth, tiga lagi mangsa di Gold Massage Spa, dan seorang lagi di spa Aroma Therapy.
Polis masih menyiasat motif kejadian.