8 maut, 19 hilang akibat banjir kilat dan tanah runtuh di barat daya China

Bernama
Ogos 4, 2024 12:28 MYT
Bencana itu berlaku kira-kira 3.30 pagi Sabtu di Kangding, Wilayah Autonomi Tibet Garze, yang menyebabkan jambatan terowong roboh dan memusnahkan rumah di Kampung Ridi. - Foto AP
KANGDING: Lapan orang terbunuh dan 19 lagi dilaporkan hilang setakat 2.30 petang Ahad selepas banjir kilat dan tanah runtuh melanda bandar Kangding di Provinsi Sichuan, barat daya China, kata pihak berkuasa tempatan.
Xinhua melaporkan bahawa bencana itu berlaku kira-kira 3.30 pagi Sabtu di Kangding, Wilayah Autonomi Tibet Garze, yang menyebabkan jambatan terowong roboh dan memusnahkan rumah di Kampung Ridi.
-- BERNAMA
#banjir kilat #tanah runtuh #barat daya China #Kangding