79 ditahan disyaki hasil, edar pornografi kanak-kanak di internet

Astro Awani
November 25, 2018 14:42 MYT
Polis Sepanyol menahan 79 orang yang disyaki menghasilkan dan mengedarkan pornografi kanak-kanak di internet. -Gambar hiasan
Polis Sepanyol menahan 79 orang yang disyaki menghasilkan dan mengedarkan pornografi kanak-kanak di internet.
Sejak operasi bermula pada 2106, 78 lelaki dan seorang wanita ditahan.
Dalam serbuan di 80 kawasan yang berlainan di Sepanyol, pihak berkuasa merampas 45 komputer riba, 113 pemacu keras, 25 telefon bimbit, dan lebih daripada 300 DVD yang mengandungi bahan pornografi melibatkan kanak-kanak bawah umur.
Polis turut menemui satu pistol tangan, beberapa bom asap, pisau dan ubat-ubatan dalam serbuan di Madrid.
Operasi itu merupakan salah satu yang terbesar pernah dijalankan di Sepanyol terhadap pornografi kanak-kanak.
#DVD #Internet #Komputer Riba #Madrid #pemacu keras #polis #pornografi kanak-kanak #sepanyol #ubat-ubatan
;