770 juta orang dewasa buta huruf di seluruh dunia - UNESCO

Bernama
Jun 16, 2022 11:52 MYT
Sekitar 770 juta orang buta huruf di seluruh dunia dengan dua pertiga daripada mereka adalah wanita. - Gambar hiasan
MOSCOW: Sekitar 770 juta orang buta huruf di seluruh dunia, dengan dua pertiga daripada mereka adalah wanita, lapor Sputnik.
"Saya juga fikir semua orang yang tidak mendapat hak untuk pendidikan adalah kanak-kanak termasuk 770 juta orang dewasa yang tidak tahu membaca atau menulis - dua pertiga daripadanya adalah wanita," kata Ketua Pengarah UNESCO Audrey Azoulay di Persidangan Antarabangsa Pendidikan Dewasa ketujuh pada Rabu.
Beliau turut menggesa usaha untuk menyediakan pendidikan kepada orang dewasa yang buta huruf dipertingkatkan.
Persidangan itu diadakan di Marrakesh, Maghribi pada Rabu-Jumaat.
-- BERNAMA
#Unesco #buta huruf #pendidikan #dewasa
;