76 maut, 95 cedera semasa cuti Hari Kebangsaan di Vietnam

Bernama
September 5, 2023 20:12 MYT
Kebanyakan kemalangan itu berlaku di jalan raya, dengan dua kemalangan kereta api mengakibatkan tiga kematian. - Gambar hiasan/Freeimages.com
HANOI: Vietnam merekodkan sebanyak 125 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 76 orang maut manakala 95 yang lain cedera semasa cuti Hari Kebangsaan selama empat hari, kata bahagian polis trafik negara itu, lapor Xinhua.
Kebanyakan kemalangan itu berlaku di jalan raya, dengan dua kemalangan kereta api mengakibatkan tiga kematian, kata jabatan itu pada Isnin.
Berbanding tahun lalu, ketika cuti Hari Kebangsaan juga berlangsung selama empat hari dari 1 Sept hingga 4 Sept, hanya 46 kemalangan manakala 28 lagi kematian dicatatkan.
Menurut jabatan polis trafik, tahun ini mereka telah mengendalikan kira-kira 35,000 kes kesalahan trafik di seluruh negara, mengenakan denda berjumlah 72 bilion dong Vietnam (US$2.99 juta), menyita 520 kereta dan 12,000 motosikal, selain membatalkan 7,200 lesen.
Lebih 11,400 kemalangan jalan raya berlaku di Vietnam tahun lepas, membunuh 6,384 orang dan mencederakan lebih 7,800, menurut data rasmi.
--BERNAMA-XINHUA
#kemalangan jalan raya #Hari Kebangsaan #data rasmi #kesalahan trafik
;