750 suspek pengikut Daish bebas susulan serangan Turki

Nailah Huda
Oktober 14, 2019 12:07 MYT
Seorang anggota tentera Iraq berjalan di hadapan bendera yang cukup terkenal sebagai simbol kumpulan pengganas Daish di Mosul, Iraq pada 8 Januari 2017. Foto - REUTERS.
SEKURANG-KURANGNYA 750 orang yang disyaki terbabit dengan kumpulan pengganas Daish dilaporkan telah melarikan diri dari kem perpindahan Ain Issa di timur laut Syria pada Ahad.
Jumlah itu termasuk 249 wanita dan 700 kanak-kanak yang pernah terbabit dengan aktiviti kumpulan itu.
Menurut pihak berkuasa tempatan, mereka mula memberontak apabila serangan udara yang dilancarkan oleh Turki meletupkan kawasan berdekatan.
Keganasan yang semakin memburuk di timur laut Syria itu turut menyaksikan beberapa orang awam dibunuh oleh militia yang disokong Turki, termasuk seorang ahli politik wanita Kurdish, Hevrin Khalaf pada Sabtu lalu.

4/ Video showing ISIS affiliated women with their kids after escaping from Ain Issa camp earlier today. @akhbar pic.twitter.com/lFOCag8wxd

— Jenan Moussa (@jenanmoussa) October 13, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia berikutan keputusan Presiden Donald Trump untuk menarik keluar kesemua 1,000 anggota tentera dari timur laut Syria dengan serta-merta untuk elak terlibat dalam konflik tersebut.
Kata Jelal Ayaf, pengerusi kem Ayn Issa ketika dihubungi oleh Pusat Maklumat Rojava, 859 tahanan berjaya melarikan diri dari bahagian warga asing, termasuk warga Indonesia, Pakistan dan British.
Di penjara Al-Hasakah, seramai 11 orang warga Malaysia berada di bawah tahanan Syrian Democratic Forces (SDF) kerana dipercayai terbabit dengan kumpulan Daish.
Selain itu, 29 wanita dan kanak-kanak warga Malaysia pula berada di Kem Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) Al Hol.
Pusat operasi ketenteraan SDF menerusi Twitter melaporkan bahawa ahli keluarga kepada suspek pengganas Daish yang ditahan di kem Al Hol turut merusuh pada Jumaat lalu.

Families of #ISIS terrorists in #Al_Hol camp are rioting at the attempts to escape from the camp. @AlHadath @rabrowne75 @mustefabali @laraseligman @gaylelemmon pic.twitter.com/8NDAVoetnP

— Coordination & Military Ops Center - SDF (@cmoc_sdf) October 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kira-kira 12,000 suspek pengganas terbabit dengan Daish dikhuatiri akan bertindak melarikan diri jika benteng pertahanan militia Kurdish dilemahkan sekaligus menghidupkan kembali kumpulan pengganas itu.
Pada minggu lepas, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan melancarkan Operasi Peace Spring untuk menentang kekuatan militan Kurdish di timur laut Syria.
Ia bertujuan untuk menghapuskan ancaman pengganas sekaligus mengisytiharkan sebuah ‘zon selamat’ supaya pelarian Syria dibenarkan pulang.
Ia susulan persetujuan bersama Presiden Trump untuk mengundur markas tentera Amerika Syarikat dari negara itu.
Namun, Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa menganggarkan dalam 300,000 penduduk di ‘zon selamat’ itu terpaksa berpindah akibat operasi tersebut.
#Amerika Syarikat #Bashar Al Assad #Daesh #daish #Donald Trump #ISIS #Peace Spring #Recep Tayyip Erdogan #Syria #Turki
;