700 rakyat Palestin terkorban dalam serangan udara semalaman Israel

Astro Awani
Oktober 24, 2023 23:00 MYT
Rakyat Palestin mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan yang diserang tentera rejim Zionis Israel di Rafah. - Foto AP
GAZA: Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel dalam tempoh semalaman.
Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan ia merupakan angka kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam direkodkan sejak Israel melancarkan serangan balas ke atas pejuang Hamas.
Kini tekanan antarabangsa semakin memuncak, akibat bantuan kemanusiaan yang dihalang memasuki Gaza, serta angka koban rakyat Palestin yang semakin meningkat.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti dunia kini terpaksa merayu supaya serangan kemanusiaan ke atas rakyat Palestin yang kekurangan makanan, air, ubat-ubatan dan elektrik di Semenanjung Gaza dihentikan
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi dalam reaksinya mempersoalkan PBB, kerana kini Israel umpama berada di atas undang-undang antarabangsa dan menggesa penamatan apa yang disebutnya "pilih kasih" dalam menangani konflik Gaza.
Dia berkata demikian sejurus tamat mesyuarat Majlis Keselamatan PBB semalam.
#Palestin #serangan udara #maut #Israel