70 tahun Ratu Elizabeth II terajui monarki Britain

Rahimah Abdullah
Februari 5, 2022 07:05 MYT
Ratu Elizabeth II menyambut ulang tahun jubli platinumnya selepas 70 tahun menjadi ratu Britain. - Gambar Twitter Royal Family
HARI ini 6 Feb 2022 Ratu Elizabeth II menyambut ulang tahun jubli platinumnya, selepas 70 tahun menjadi ratu Britain.
Ia sekali gus menjadikan baginda, atau nama sebenarnya Elizabeth Alexandra Mary Windsor, ratu Britain pertama memegang takhta paling lama dalam monarki negara itu.
Ratu Elizabeth II, 95 tahun, mula menaiki takhta pada 6 Feb 1952, ketika berusia 25 tahun selepas bapanya, Raja George VI mangkat.
Pembukaan Parlimen pertama oleh baginda adalah pada 4 Nov 1952, dan tahun berikutnya baginda ditabalkan di Biara Westminster pada 2 Jun.
Baginda berkahwin dengan Putera Philip pada 1947 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Putera Charles, Puteri Anne, Putera Andrew dan Putera Edward.
Mereka mempunyai lapan cucu dan 10 cicit.
Selepas kematian Putera Philip pada April tahun lalu, Ratu Elizabeth II menjalankan semula tugasan rasmi negara.
Baginda pernah dimasukkan ke hospital tahun lalu kerana masalah kesihatan, sekali gus menyebabkannya jarang membuat penampilan di khalayak.
Malah, dilaporkan ketika ini, baginda lebih banyak menghabiskan masa di Istana Windsor, lebih-lebih lagi dengan penularan wabak COVID-19.
Untuk rekod, hanya tiga kerabat diraja di seluruh dunia yang pernah memegang takhta lebih daripada 70 tahun.
Mereka ialah Raja Louis XIV, Raja Bhumibol Adulyadej dan Putera Liechtenstein.
Ratu Elizabeth II adalah ketua negara bagi 15 negara di Komanwel termasuk Australia, Kanada, New Zealand, Antigua dan Barbuda, Bahamas, Belize, Grenada, Jamaica, Papua New Guinea, Saint Lucia, Kepulauan Solomon, St. Kitts dan Nevis, dan St Vincent dan Grenadines dan negara bukan Komanwel Gibraltar, Kepulauan Falkland, Bermuda dan Kepulauan Cayman.
Sementara itu, sempena ulang tahun jubli platinum, baginda dihujani ucapan tahniah di media sosial selain menerima pelbagai hadiah serta kad ucapan daripada rakyat jelata.

The Queen also viewed a finger-print portrait created by school children in Leicestershire and a card reading Ma-am youre the tops! that were sent in for the Golden Jubilee. The items have been saved in the Royal Archives at Windsor Castle for posterity. pic.twitter.com/6bvAJ3XYBQ

— The Royal Family (@RoyalFamily) February 4, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ratu Elizabeth II #jubli platinum #70 tahun #monarki britain
;