70 pakar antarabangsa teruskan operasi mencari mayat di lokasi nahas

AFP
Ogos 1, 2014 18:30 MYT
70 pakar antarabangsa kembali ke lokasi nahas
Sepasukan yang terdiri daripada 70 pakar antarabangsa memulakan tugas mengumpul mayat di lokasi nahas pesawat MH17 di sempadan Ukraine-Rusia, kata menteri kehakiman Belanda.
“Pakar dari Belanda dan Australia itu tiba di lokasi nahas pada pagi Jumaat. Mereka akan melaksanakan operasi mencari di beberapa kawasan di sekitar lokasi nahas,” katanya dalam satu kenyataan.
“Selepas tinjauan yang dilakukan semalam, kami berjaya memasuki lokasi nahas tersebut,” kata Pieter-Jaap Aalbersberg pegawai polis Belanda yang dihantar ke Ukraine bagi mengetuai misi di sana.
"Jika mereka menemui sebarang mayat, ia akan serta-merta diambil dan dikumpulkan," kata Aalbersberg.
Usaha-usaha untuk mendapatkan semula saki-baki mayat dari lokasi nahas itu tertangguh akibat konflik di antara dua negara, Ukraine dengan puak pemisah pro-Rusia.
Lebih 200 keranda telah dihantar pulang ke Belanda yang mana 193 daripadanya terdiri daripada rakyat Belanda yang terlibat dalam nahas pada 17 Julai.
Namun demikian, masih terdapat banyak mayat yang masih belum diambil dari lokasi nahas tersebut.
#Amsterdam #Kuala Lumpur #Malaysia Airlines #MH17 #Rusia #Ukraine
;