70 cedera dalam insiden letupan gas di Sepanyol

Agensi
Oktober 2, 2016 09:26 MYT
Menurut media tempatan, insiden itu berlaku di sebuah kafe di pekan kecil di Velez, wilayah Malaga. - Foto AP
Lebih 70 orang awam cedera dalam insiden letupan silinder gas di Malaga, selatan Sepanyol, pada Sabtu.
Menurut media tempatan, insiden itu berlaku di sebuah kafe di pekan kecil di Velez, wilayah Malaga.
Letupan itu berlaku pada pukul 7 malam waktu tempatan ketika orang ramai sedang meraikan satu perayaan tahunan.
Pasukan bomba berkejar ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan, dan polis turut berkawal bagi memastikan keselamatan orang ramai.
#gas #letupan silinder #Malaga #sepanyol #Velez
;