7 termasuk 3 kanak-kanak maut dalam kebakaran di Nice

Bernama
Julai 18, 2024 07:56 MYT
Sebanyak 25 jentera bomba dan 72 anggota bomba terlibat dalam usaha memadamkan kebakaran itu. - Gambar hiasan
PARIS: Tujuh orang maut termasuk tiga kanak-kanak dalam kebakaran pada Rabu di Nice, Perancis, kata Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin di media sosial X, menurut Xinhua.
"Tindakan pantas pasukan bomba seharusnya dapat mengelakkan lebih banyak mangsa," kata menteri itu, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kebakaran itu.
Menurut media tempatan, bangunan yang terbakar terletak di daerah Moulins, Nice. Sebanyak 25 jentera bomba dan 72 anggota bomba terlibat dalam usaha memadamkan kebakaran.
-- BERNAMA
#kebakaran #selatan perancis #angka korban #Nice