7 mayat anggota tentera ditemui maut dalam runtuhan

Bernama
Februari 9, 2022 15:57 MYT
Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pada Ahad selepas anggota yang merupakan sebahagian daripada pasukan rondaan, hilang di Sektor Kameng di Arunachal Pradesh. - Sumber foto Twitter ANI
NEW DELHI: Tentera India menemui mayat tujuh anggotanya yang terkorban dalam runtuhan salji di wilayah timur laut pada ketinggian 14,500 kaki.
Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pada Ahad selepas anggota yang merupakan sebahagian daripada pasukan rondaan, hilang di Sektor Kameng di Arunachal Pradesh.
"Mayat kesemua tujuh mangsa ditemui di tapak runtuhan salji. Malangnya, di sebalik usaha terbaik semua yang terlibat, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia," kata tentera pada Selasa.
Mereka yang malang itu ialah Jugal Kishore, Arun Kattal, Akshay Pathania, Vishal Sharma, Rakesh Singh, Ankesh Bhardwaj dan Gurbaj Singh

Seven Army personnel who were struck by avalanche in high altitude area of Kameng Sector in Arunachal Pradesh on 6 Feb have been confirmed dead, their bodies retrieved from the avalanche site: Indian Army pic.twitter.com/2SZMML8GzC

— ANI (@ANI) February 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketua Menteri Arunachal Pradesh Pema Khandu mengumumkan pemberian ex gratia sebanyak 400,000 rupee (RM 22,400) kepada keluarga setiap askar yang kehilangan nyawa.
-- BERNAMA
#India #mayat anggota tentera #Arunachal Pradesh Pema Khandu #ditemui dalam runtuhan
;