7 maut, lebih 60 keluarga hilang tempat tinggal akibat kebakaran di Filipina

Bernama
April 9, 2023 16:31 MYT
Kebakaran memusnahkan lebih 40 buah rumah di bandar Taytay pada malam Sabtu sebelum dilaporkan terkawal sejam kemudian. -Gambar hiasan/ Pixabay
MANILA: Kebakaran yang melanda kawasan kejiranan padat di timur Manila meragut tujuh nyawa, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, menurut polis Filipina pada Ahad.
Kebakaran memusnahkan lebih 40 buah rumah di bandar Taytay pada malam Sabtu sebelum dilaporkan terkawal sejam kemudian, lapor Xinhua.
Kebanyakan mangsa dilapor terperangkap di dalam rumah mereka, dan mayat ditemukan di lantai dapur dan bilik air, menurut polis.
Kebakaran itu turut menyebabkan lebih 60 keluarga hilang tempat tinggal.
Biro Perlindungan Kebakaran sedang menyiasat punca kejadian.
-- BERNAMA
#kebakaran besar #Manila #Taytay #Biro Perlindungan Kebakaran
;