7 maut dalam nahas bas mini bawa pesakit warga emas
Bernama
Mei 3, 2022 10:46 MYT
Mei 3, 2022 10:46 MYT
SAO PAULO: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan bas mini yang membawa pesakit warga emas di Parana, Brazil pada Isnin.
Menurut laporan awal Konsortium Kesihatan Perbandaran di barat Parana, bas mini itu dalam perjalanan ke hospital, lapor Xinhua.
Nahas berlaku di lebuh raya berhampiran bandar Marechal Candido Rondon, 163 kilometer dari bandar Foz do Iguazu, di sempadan Paraguay dan Argentina.
-- BERNAMA