7 maut dalam kejadian tembakan di California Utara, suspek sudah ditahan

Agensi
Januari 24, 2023 04:11 MYT
Insiden itu berlaku selepas kejadian tembakan di sebuah kelab tarian di bandar Monterey Park, California, dekat Los Angeles pada Sabtu yang meragut 11 nyawa. - Foto AP
WASHINGTON: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam kejadian tembakan berasingan yang berlaku di California Utara berhampiran bandar San Francisco, lapor agensi berita tempatan.
Mereka ditemukan maut di beberapa lokasi di Half Moon Bay, California Utara.
Ddua insiden tembakan berasingan itu berlaku di sebuah ladang cendawan dan di sebuah syarikat pembekal trak di kawasan persisiran pantai itu yang terletak di selatan San Francisco.
Pejabat Syerif Daerah San Mateo kemudiannya mengumumkan bahawa suspek telah berjaya ditahan.
Insiden itu berlaku selepas kejadian tembakan di sebuah kelab tarian di bandar Monterey Park, California, dekat Los Angeles pada Sabtu yang meragut 11 nyawa. - Agensi
#insiden tembakan #Northern California #Half Moon Bay #San Fransisco